Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dakwaan Bernama tidak carum KWSP disiasat - Lim


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kewangan sudah diarah untuk memulakan siasatan berhubung dakwaan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) tidak dapat membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana potongan KWSP digunakan untuk membayar gaji bulan Julai.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan siasatan itu bagi menentukan siapa yang harus bertanggungjawab ke atas kedudukan serius itu dan menyekat bayaran sumbangan KWSP agar tindakan sewajarnya boleh diambil.

“Ini menimbulkan persoalan sama ada wang yang harus diperuntukkan untuk bayaran emolumen, gaji dan sumbangan KWSP telah “dialihkan” oleh Bernama untuk tujuan pembayaran lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan memandang serius dakwaan itu, memandangkan fakta berhubung isu berkenaan menunjukkan sebaliknya.

“Sekiranya gaji bulan Julai tidak mampu dibayar kerana tidak menerima geran daripada Kementerian Kewangan, mengapa pula Kementerian Kewangan hanya menerima surat permohonan bertarikh 19 Julai 2019 yang diterima pada 22 Julai?,” katanya.

Menurut laporan portal semalam, agensi berita nasional itu didakwa menghadapi kekangan kewangan yang memberi kesan kepada caruman KWSP pekerja dan bayaran balik pinjaman walaupun potongan gaji telah dilakukan.

Lim berkata dakwaan kerajaan menghadapi kekangan kewangan sehingga tidak dapat membuat bayaran KWSP adalah tidak berasas kerana Kementerian Kewangan sentiasa mengutamakan pembayaran gaji termasuk sumbangan KWSP.

Beliau menjelaskan emolumen dan gaji sentiasa akan diberikan peruntukan yang mencukupi agar bayaran emolumen boleh dibayar terdahulu berbanding dengan bayaran lain.

Lim menegaskan Kerajaan Persekutuan bukanlah kerajaan yang bankrap seperti Kerajaan Negeri tertentu yang tidak mampu bayar gaji anggota pentadbiran mereka.

“Laporan sedemikian yang membelakangkan fakta sememangnya telah memburukkan imej Kementerian Kewangan yang sering dipersalahkan apabila Kementerian atau agensi melebihi perbelanjaan bajet dan cuba mencari alasan selain daripada kegagalan mereka sendiri menguruskan kewangan dengan baik,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

OKU mengaku tidak salah lakukan amang seksual terhadap anak kandung

 
     

Anggota JPJ Terengganu menyamar penumpang bas ekspres

 
     

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel