Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Langkawi kembali tenang, tumpuan beralih kerja-kerja pembersihan


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





LANGKAWI, 10 Ogos (Bernama) -- Selepas dikejutkan dengan kejadian ribut yang membadai banyak lokasi di pulau peranginan ini malam tadi, keadaan hari ini kembali pulih dan tenang dari 'kekecohan' yang berlaku.

Jika semalam siren pelbagai agensi penyelamat kedengaran hampir setiap masa, hari ini situasi lebih tenang dengan penduduk pulau ini keluar meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa.

Pegawai Bencana Operasi dan Latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi, Leftenan (PA) Azamshah Apearal berkata keadaan cuaca hari ini dilaporkan baik dan semua agensi terlibat memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan pokok tumbang.

"Semua agensi terlibat bertindak mengikut tanggungjawab masing-masing. Bagi APM Daerah Langkawi sendiri seramai 40 anggota ditugaskan di 10 lokasi sekitar Padang Matsirat, Kelibang, Bukit Malut hari ini untuk meneruskan operasi membersihkan pokok tumbang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, APM Daerah Langkawi serta Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan giat melakukan kerja-kerja pembersihan kesan ribut di beberapa lokasi seperti sekitar Kampung Bendang Baru, Kampung Padang Wahid, Bukit Malut, Ulu Melaka dan Temonyong.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel