UjQf1Ek90Rc Keluarga Nora Anne akhirnya bersuara, dan ucap terima kasih kepada pasukan SAR
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Keluarga Nora Anne akhirnya bersuara, dan ucap terima kasih kepada pasukan SAR


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





NILAI, 10 Ogos (Bernama) -- Selepas seminggu berdiam diri, keluarga remaja perempuan berdarah campuran Perancis-Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, akhirnya tampil buat pertama kali untuk menyatakan terima kasih mereka kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada satu pertemuan di resort berkenaan, hari ini.

Video singkat dikongsi oleh polis pagi ini, menunjukkan bahawa ibu Nora, Meabh Jaseprine Quoirin yang diiringi suami, Sebastian Marie Philipe, membuat satu kenyataan ringkas.

Video berdurasi satu minit itu menunjukkan ibu Nora dengan genangan air mata menyatakan penghargaan kepada pasukan SAR yang bertungkus lumus mencari anaknya sejak hari dia dilaporkan hilang.

"Selamat pagi semua. Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada setiap anda, kami mengetahui anda mencari Nora siang dan malam.

"Kami melihat anda bekerja kuat, juga berdoa untuk kami, bersama-sama kami. Kami tahu anda telah mengorbankan masa terutama menjelang perayaan istimewa ini (Aidiladha) untuk bersama-sama kami di sini, Ia bermakna dunia kepada kami.

"Kami amat bersyukur atas setiap yang anda lakukan untuk kami, untuk semua orang di sini dan semua orang yang membantu dan tidak berada di sini,” katanya.

Difahamkan perjumpaan dengan pasukan operasi SAR itu diadakan di resort berkenaan. Video itu dirakamkan oleh polis dan dikongsi dengan media.

Operasi SAR memasuki hari ketujuh hari ini, yang diperkuatkan dengan penglibatan unit khas Polis Diraja Malaysia , komando VAT 69 dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) meneruskan usaha mencari remaja berkenaan.

Nora Anne tiba di resort berkenaan dari London pada Sabtu untuk percutian selama dua minggu.

Remaja berkeperluan khas itu didapati hilang dari biliknya pada pukul 8.00 pagi hari berikutnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel