GmICfY6jSNA Identiti mangsa kemalangan maut libatkan tiga kenderaan dikenal pasti
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Identiti mangsa kemalangan maut libatkan tiga kenderaan dikenal pasti


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





MELAKA, 10 Ogos (Bernama) -- Polis mengenal pasti identiti enam mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (Lebuh AMJ) menghala ke Simpang Ampat, Alor Gajah, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt A. Asmadi Abdul Aziz berkata kemalangan tesebut membabitkan kenderaan jenis Mitsubishi Triton dan Isuzu D-Max serta sebuah treler tanpa muatan.

“Lima sekeluarga yang menaiki kereta Isuzu D-Max itu dikenali sebagai Azahar Ahmad, 57, iaitu pemandu dan Habibah Ahmad, 62, iaitu kakak kepada Azahar yang merupakan penumpang duduk di sebelah pemandu. 

“Turut maut pada kejadian tersebut ialah isteri mangsa, Halimahtun Aris Padzil, 24, dua anak pemandu iaitu Alia, 17, dan Alisa, 15, yang duduk di bahagian penumpang di belakang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu Mitsubishi Triton yang meninggal dunia pula dikenali sebagai Wang Chow Kuang, 51, manakala anak perempuanya, Wang Yi Tong, 2, mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

A. Asmadi berkata pemandu treler tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, waris mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Azri yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka, memaklumkan jenazah Azahar dan Habibah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Brisu, Simpang Ampat.

Katanya jenazah dua beradik iaitu Alia dan Alisa akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Yong Peng, Johor, manakala jenazah Halimahtun akan dikebumikan di Kampung Changkat Tin, Perak.

Menurut waris Wang, jenazah lelaki itu akan dibawa ke rumah keluarganya di Machap Umboo, Alor Gajah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel