Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nora Anne sangat teruja percutian keluarga di Malaysia - keluarga


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





NILAI, 9 Ogos (Bernama) -- Keluarga Nora Anne Quoirin, remaja warga Ireland berusia 15 tahun yang hilang dari The Dusun Resort, di sini sejak Ahad, hari ini berkata dia sangat teruja mengenai percutian keluarganya di Malaysia.

Ini dinyatakan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Lucie Blackman Trust, sebuah badan amal Britain yang membantu rakyatnya semasa menghadapi krisis di luar negara.

"Dia telah berkunjung ke Asia, dan banyak negara Eropah sebelum ini, dan tidak pernah merayau-rayau atau tersesat. Nora sangat sensitif. Apabila tidak ditemani keluarga, Nora adalah seorang yang sangat pemalu dan agak resah, " kata keluarga itu.

Menurut kenyataan tersebut, keluarga itu menyifatkan Nora sebagai orang yang periang, suka bergurau dan sangat penyayang.

"Dengan keluarga, dia sangat menyayangi - keluarga adalah dunianya dan dia suka bermain permainan seperti Cat Bingo, bersama kami. Dia suka bercerita kepada kami tentang jenaka yang mengarut dan gemar memakai t-shirt berwarna-warni. Dia tidak seperti remaja lain. Dia tidak pernah pergi ke mana-mana seorang diri, " keluarga itu dipetik sebagai berkata.

Menurut keluarganya, Nora, menghidap “Holoprosencephaly” semasa lahir tetapi mempunyai ingatan yang baik walaupun dia tidak dapat memahami apa-apa konseptual.

“Dia tidak dapat berupaya dalam matematik dan oleh itu, perkara seperti wang tidak mungkin dapat diuruskan. Dia tidak boleh membuat atau menerima panggilan telefon secara sendiri. Dia boleh membersihkan diri dan memakai baju secara sendiri walaupun tidak dapat kancing butang baju dan susah untuk membasuh rambutnya.

"Nora suka berjalan bersama keluarganya, tetapi keseimbangannya terhad dan dia menghadapi masalah koordinasi," kata keluarga itu sambil menambah bahawa dia boleh bertutur bahasa Perancis dan juga bahasa Inggeris, tetapi komunikasi secara lisan terbatas.

Nora, yang menghadapi masalah pembelajaran, tiba di sini bersama keluarganya dari London, England pada Sabtu untuk bercuti selama dua minggu sebelum keluarga menyedari kehilangannya dari biliknya di resort berkenaan pada pukul 8 pagi hari berikutnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel