Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki warga Britain meninggal dunia dalam hotel di Putrajaya


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Seorang pembimbing program kepimpinan warga Britain ditemui meninggal dunia di dalam tandas bilik sebuah hotel di Presint 1, Putrajaya, dekat sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Putrajaya Supt S. Vijaya Rao berkata polis dimaklumkan mengenai penemuan lelaki berusia 56 tahun itu oleh penyelia hotel berkenaan pada jam 4.51 petang. 

Beliau berkata rakan mangsa yang menginap di hotel sama meminta kakitangan hotel membuka pintu bilik mangsa selepas lelaki berkenaan tidak menjawab panggilan telefon dan pesanan aplikasi WhatsApp. 

"Mangsa menginap di hotel tersebut sejak Ahad lalu kerana menghadiri satu program kepimpinan selama lima hari dan mangsa merupakan pembimbing  kanan program tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata tiada elemen jenayah dalam kejadian ini dan polis turut menemui alat penyukat tekanan darah serta ubat-ubatan dalam kuantiti yang banyak di dalam bilik mangsa.

"Bagaimanapun, bedah siasat akan dibuat bagi mendapatkan punca kematian mangsa," katanya.

Menurutnya, kes tersebut, buat masa ini, diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel