Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Enam maut kemalangan tiga kenderaan di Alor Gajah


Tarikh kemaskini: 09/08/2019





ALOR GAJAH, 9 Ogos (Bernama) -- Enam maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah treler di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di Kampung Pegoh menghala ke Tol Alor Gajah di sini, malam ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, dalam satu kenyataan, kemalangan berlaku kira-kira jam 9 malam itu membabitkan kereta Isuzu D’max, Mitsubishi Triton dan sebuah treler.

Jurucakap JBPM Melaka berkata pihaknya menerima panggilan jam 9.10 malam tadi dan 14 anggota melibatkan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah beregas ke lokasi kejadian sebelum tiba kira-kira 24 minit kemudian.

Kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dari kenderaan terlibat masih sedang dilakukan, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel