Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penduduk kampung Sri Jaya lega, masjid siap naik taraf


Tarikh kemaskini: 09/08/2019




TANGKAK, 9 Ogos (Bernama) -- Penduduk di sekitar Kampung Sri Jaya, Serom di sini, pasti menarik nafas lega apabila Masjid Al-Muttaqin yang dinaik taraf dengan peruntukkan RM1.5 juta kini berada di peringkat akhir pembinaannya.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kampung Sri Jaya, Hashim Hassan berkata baik pulih masjid tersebut sudah lama dinantikan penduduk setempat bagi memudahkan lebih ramai umat Islam melakukan ibadat.

Menurut beliau masyarakat setempat dijangka boleh mengimarahkan masjid tersebut bermula 27 Ogos ini. 

"Masjid ini dinaik taraf di tapak sama, bagi membesarkan kapasiti menampung jemaah kira-kira 500 orang pada satu masa. 

"Pihak kita berterima kasih kepada kerajaan, kerana menaik taraf kemudahan ini untuk penduduk melakukan ibadah dengan lebih selesa selain menganjurkan aktiviti keagamaan, sosial dan ekonomi yang bermanfaat," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata penyerahan masjid itu sepatutnya dilakukan pada 1 Ogos lepas, namun terdapat sedikit masalah berhubung pemasangan meter Tenaga Nasional Berhad (TNB), sehingga menyebabkan ia terpaksa ditunda.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir sambil meninjau pembangunan Masjid Al-Muttaqin itu.

Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh turut menyerahkan sumbangan 12 ekor lembu di DUN Gambir bagi memudahkan penduduk kawasan itu menjalankan ibadah korban pada tahun ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel