Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kesesakan di Tambak Johor, mesyuarat khas bersama PM akan diadakan - Muhyiddin


Tarikh kemaskini: 09/08/2019





MUAR, 9 Ogos (Bernama) -- Satu mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan diadakan bagi membincangkan jalan penyelesaian kepada kesesakan di Tambak Johor.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mesyuarat berkenaan akan diadakan pada 22 Ogos ini.

"KDN diberi tanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja lengkap mengenai beberapa cadangan untuk mengatasi masalah itu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Lembu Korban Parlimen Pagoh di Taman Pagoh Jaya di sini, hari ini.

Isu berkenaan pernah dibincangkan Dr Mahathir bersama rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Kesembilan, April lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel