Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pejalan kaki maut dilanggar lori


Tarikh kemaskini: 09/08/2019




MELAKA, 9 Ogos (Bernama) -- Seorang pejalan kaki maut dilanggar sebuah lori, di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin menghala ke Merlimau berhadapan Institut Latihan Memandu Kandang di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata mangsa yang identitinya masih belum dikenal pasti itu, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kaki, badan dan kepala dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi tadi.

"Menurut pemandu lori berusia 34 tahun itu, sebelum kejadian beliau dari depoh simpanan roti di Taman Merdeka menuju ke Muar, untuk menghantar roti sebelum tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat dari arah hadapan seperti terlanggar sesuatu dan sewaktu kejadian, keadaan jalan agak gelap.

"Justeru beliau memberhentikan lori yang dipandu untuk memeriksa di luar kenderaan, dan mendapati seorang lelaki telah terbaring di tepi jalan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kejadian itu menyebabkan cermin, panel dan lampu hadapan lori itu pecah dan kenderaan tersebut dibawa ke Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya mayat mangsa pula dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata pemeriksaan awal mendapati mangsa berkemungkinan warganegara asing, dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau pekerja, diminta hadir ke balai polis berhampiran atau Ibu pejabat Polis Trafik Melaka Tengah, untuk membuat pengecaman.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel