Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Skuad roda tiga 'coley' pungut sampah kawasan pinggir Kota Bharu


Tarikh kemaskini: 09/08/2019




KOTA BHARU, 9 Ogos (Bernama) -- Majis Bandaraya Kota Bharu-Bandaraya Islam(MPKB-BRI)  memulakan usaha kreatif bagi memungut sampah di kawasan pinggir bandar yang tidak mempunyai jalan yang cukup lebar untuk dimasuki lori sampah dengan menyediakan skuad bermotosikal roda tiga atau ‘coley’.  

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar Bahagian Kebersihan dan Lojistik MPKB-BRI,  Mohd Hafeez  Abdul Samad  berkata sehingga kini pihaknya mempunyai tujuh buat motosikal roda tiga yang bertugas memungut sampah  dari jam 8 pagi hingga 4 petang di jajahan Kota Bharu yang  berkeluasan 215 kilometer persegi dengan penduduk dianggarkan 400,000 orang.

Beliau berkata selain melalui kawasan taman perumahan dan jalan kampung yang sempit mengikut masa yang ditetapkan perkhidmatan coley turut digunakan di jalan-jalan utama terutama untuk tujuan kerja kemasan seperti memungut  sampah yang tercicir dari lori sampah.

“Sampah yang dipungut oleh coley akan dimasukan ke dalam tong sampah besar yang disediakan di tempat strategik.

“Kita sedar masih banyak tempat tidak disediakan dengan tong sampah besar seperti di kawasan kampung pinggir  bandar dan berkepadatan penduduk yang  tinggi menyebabkan orang ramai membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya,”” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihaknya mengendalikan  antara 220 hingga 250 ton sehari dengan kebanyakkannya adalah sampah organik dan domestik.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel