Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

27 mahasiswa UniSZA sertai Program Solidariti Kemanusiaan Pelarian Syria


Tarikh kemaskini: 09/08/2019




KUALA NERUS, 9 Ogos (Bernama) -- Seramai 27 mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program Solidariti Kemanusiaan Pelarian Syria selama lapan hari di Turki, bermula hari ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr Mohd Affandi Salleh berkata penyertaan itu adalah hasil usaha Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UniSZA yang bertungkus lumus mencari dana bagi membiayai projek itu sejak beberapa bulan lalu.

Katanya program tersebut memberi peluang pelajar menyantuni pelarian di Syria di samping melihat sendiri kehidupan mereka terutama pada hari raya aidiladha bersama kira-kira 1,000 lagi sukarelawan dari seluruh dunia.

“Dana terkumpul berjumlah RM106,000 itu akan digunakan bagi sumbangan kepada pelarian Syria di sana. Ia termasuk untuk menjalankan ibadah korban dan aktiviti berkebun bagi membantu menjana ekonomi golongan pelarian yang hidup dalam suasana serba daif.

"Kita bahagikan sumbangan ini kepada beberapa kategori iaitu dapur wakaf, korban dan akikah, 'social entrepeneur', 'street volunteerism, dakwah jalanan dan alatan tulis,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel