Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada cubaan culik pelajar di Dungun - Polis


Tarikh kemaskini: 08/08/2019





DUNGUN, 8 Ogos (Bernama) -- Tiada sebarang kejadian cubaan culik oleh seorang wanita di sekolah rendah di sini seperti yang ditularkan di media sosial, kata Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah.

Sebaliknya, beliau berkata wanita itu hanya menegur murid berkenaan dan tidak berlaku kejadian murid itu ditarik keluar dari kawasan sekolah.

Baharudin berkata hasil siasatan juga mendapati wanita itu mengalami masalah tekanan perasaan selepas bercerai tiga tahun lalu. Wanita itu juga mendakwa tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun berada di bawah jagaan bekas suami.

“Wanita itu menyatakan dia memasuki kawasan sekolah untuk menggunakan tandas dan kita percaya dia menegur murid berkenaan kerana teringatkan anak-anaknya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, wanita itu ditahan ketika menunggang motosikal di kawasan Rusila, Marang pada kira-kira 3 petang tadi oleh anggota polis yang membuat rondaan.

Ia susulan laporan polis yang dibuat ibu kepada murid terbabit petang semalam yang mendakwa anaknya telah diheret keluar dari kawasan sekolah tetapi diselamatkan pengawal keselamatan.

“Kita harap orang ramai tidak lagi risau dan mendapat gambaran sebenar kejadian," kata Baharudin sambil menambah polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap wanita berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel