Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Koperasi sekolah wadah efektif latih pelajar menjadi usahawan


Tarikh kemaskini: 08/08/2019




KLUANG, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri percaya kewujudan koperasi sekolah boleh menjadi wadah efektif untuk melatih pelajar berniaga, seterusnya menjadi usahawan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Sheikh Umar Ali berkata ini kerana penglibatan dalam koperasi membolehkan pelajar mempelajari selok belok pentadbiran dan pengurusan koperasi selain untuk memperkukuhkan jati diri mereka.

Beliau berkata mengambil kira faktor itu, pelbagai program harus dilakukan pihak sekolah dalam mendidik lagi semangat keusahawanan.

Menurutnya ini selari dengan harapan kerajaan negeri agar aktiviti pembangunan usahawan dan pembudayaan keusahawanan dapat bergerak seiring, sebagaimana yang telah dirancang melalui Program Azam Usahawan Muda Johor dalam Belanjawan Johor 2019.

“Sekarang sudah menjadi trend kebanyakan koperasi sekolah mewujudkan kiosk dan ini adalah satu perkembangan yang baik kerana koperasi turut memainkan peranan penting kepada asas ekonomi negara,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh berkata demikian dalam persidangan media sempena Majlis Pelancaran Program Azam Usahawan Muda Johor Tahun 2019 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa 2 di sini.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel