Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

“Geng Cilik Ijan” curi motosikal tumpas, 18 daripada 19 yang ditahan adalah pelajar sekolah


Tarikh kemaskini: 08/08/2019





BATU PAHAT, 8 Ogos (Bernama) -- Kelicikan ‘Geng Cilik Ijan’ yang aktif mencuri motosikal di kawasan Yong Peng dan Ayer Hitam di sini sejak tiga bulan lepas akhirnya tumpas apabila 19 anggotanya diberkas polis dalam Ops Legang Khas, minggu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supt Muhammad Izzudin Runggai berkata dua daripada mereka ditahan Khamis lepas, manakala 17 yang lain ditahan secara berperingkat dalam tempoh beberapa hari kemudiannya.

Beliau berkata semua suspek berumur antara 14 dan 37 tahun dengan 18 daripadanya masih bersekolah, dan polis turut merampas dua motosikal jenis SYM E Bonus, yang didapati pernah dilaporkan hilang, selain menemui tiga motosikal, tujuh rangka motosikal, empat enjin motosikal serta beberapa komponen dan perkakas motosikal di sebuah premis di Yong Peng. 

“Hasil soal siasat, dua-dua suspek terawal ditangkap mengaku pembabitan mereka dalam kes kecurian motosikal dan menyatakan mereka bergerak dalam kumpulan selain diberikan tugas tertentu iaitu mencuri, meleraikan komponen motosikal, mencari pelanggan dan juga membuang bukti kegiatan haram,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, hari ini.

Muhammad Izzudin berkata dengan tertangkapnya ahli kumpulan ini, polis percaya telah berjaya menyelesaikan 10 kes curi motosikal, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel