Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Kelantan tahan empat suspek bantu siasatan kes kebakaran tujuh premis


Tarikh kemaskini: 08/08/2019





KOTA BHARU, 8 Ogos (Bernama) -- Polis menahan empat lelaki berumur antra 15 dan 45 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian kebakaran tujuh premis di Jalan Dusun Muda di sini pada 5 Ogos lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Abdullah Mohammad Piah berkata ia susulan laporan pasukan bomba yang membuat siasatan di tempat kejadian, yang percaya wujud unsur khianat dalam kejadian berkenaan.

Beliau berkata selepas bomba menyerahkan laporannya untuk tindakan lanjut, polis kemudiannya bertindak menahan empat lelaki, termasuk seorang remaja berumur 15 tahun yang sudah tidak bersekolah, pada awal pagi keesokannya di beberapa lokasi di sini, bagi membantu siasatan.

“Kita turut berusaha mendapatkan maklumat lanjut daripada penduduk di kawasan berkenaan untuk siasatan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Dalam majlis berkenaan Abdullah yang sebelum ini Ketua Polis Daerah Pasir Mas dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan mengantikan SAC Datuk Azmi Abu Kassim yang bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Hadir sama menyaksikan majlis berkenaan adalah Ketua Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohd Farid Abu Hassan.

Mengulas mengenai misinya selepas ini, Abdullah berkata beliau akan terus memerangi gejala penagihan dan pengedaran dadah di Kelantan.

"Saya berharap mendapat sokongan daripada semua Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah dan semua pegawai dan anggota dalam misi ini kerana yakin dadah adalah punca kepada masalah sosial dan jenayah di sini. Kita juga mahukan kesemua pegawai dan anggota meletak integriti di tempat tertinggi dalam melaksanakan tugas," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel