Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Kelantan siasat penularan gambar suspek serbuan di laman sosial.


Tarikh kemaskini: 08/08/2019





PASIR MAS, 8 Ogos (Bernama) -- Polis akan menyiasat berhubung penyebaran gambar suspek dan lokasi serbuan polis yang telah ditularkan oleh pengendali satu grup di laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Abdullah Mohammad Piah berkata bahan yang ditularkan itu, adalah antara serbuan terbaru dilakukan oleh pihak polis, dan tidak sepatutnya ditularkan kepada orang ramai di media sosial.

“Polis akan merujuk perkara itu kepada pihak berwajib, iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita, mengulas penularan gambar suspek dan lokasi serbuan polis di sebuah rumah di Banggol Kulim, Rantau Panjang kelmarin.

Difahamkan, penyebaran gambar suspek yang belum dibuktikan kesalahan itu, mendatangkan keaiban kepada keluarga suspek, yang pada masa sama terkejut dengan tindakan pengendali grup di laman sosial berkenaan.

Selain itu, turut dipaparkan gambar kesemua suspek di dalam rumah dalam keadaan masih berbaju tidur sekali gus mengaibkan keluarga berkenaan.

Ada beberapa grup di laman sosial turut memaparkan gambar suspek termasuk ada yang ditutup muka dan tidak bertutup.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel