Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SWM Environment tangguh kerja pembersihan sempena Aidiladha


Tarikh kemaskini: 08/08/2019




JOHOR BAHRU, 8 Ogos (Bernama) -- SWM Environment Sdn Bhd (SWM) akan menangguhkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Johor pada Ahad ini bagi memberi kesempatan kepada majoriti pekerjanya yang beragama Islam meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha. 

Pengurus SWM Wilayah Johor, Mohd Zan Arris dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata  perkhidmatan itu bagaimanapun akan kembali beroperasi seperti biasa pada Isnin. 

Beliau berkata SWM akan melaksanakan kutipan sisa pepejal pada 10 dan 12 Ogos sebagai melengkapkan jadual perkhidmatan pada cuti perayaan sekali gus membendung daripada berlakunya masalah limpahan sampah.

“SWM juga akan memberikan perhatian khusus melibatkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan penyapuan jalan di kawasan tumpuan umum seperti pusat bandar, kawasan protokol dan jalan-jalan utama,” katanya. 

Mohd Zan berkata Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 atau talian WhatsApp SWM melalui 012-618 0082 akan diaktifkan sempena sambutan Aidiladha bagi membolehkan orang ramai menyalurkan aduan dan pertanyaan sepanjang tempoh pindaan jadual itu.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel