Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pusat Transformasi Bandar Miri tutup dua hari sempena Aidiladha


Tarikh kemaskini: 08/08/2019




MIRI, 8 Ogos (Bernama) -- Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri akan ditutup selama dua hari mulai Ahad ini, sempena cuti umum sambutan Hari Raya Aidiladha.

UTC Miri dalam satu kenyataan ringkas berkata, UTC Miri akan ditutup pada 11 Ogos iaitu sempena cuti umum sambutan Aidiladha dan keesokan harinya pada hari Isnin 12 Ogos kerana cuti gantian Aidiladha.

"UTC Miri akan beroperasi sehingga pukul 2 petang pada Sabtu, 10 Ogos," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, UTC Miri akan beroperasi seperti biasa pada Selasa 13 Ogos 2019.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel