Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Konvoi Kembara Merdeka Pulau Pinang bermula hari ini


Tarikh kemaskini: 08/08/2019





KEPALA BATAS, 8 Ogos (Bernama) -- Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 peringkat negeri Pulau Pinang sempena sambutan Bulan Kebangsaan dilancarkan hari ini untuk mengelilingi seluruh pelusuk Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Penerangan negeri Sabri Said berkata konvoi yang dijalankan selama dua hari itu bermula di daerah Seberang Perai Utara, sebelum bergerak ke daerah-daerah Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, barat daya, dan timur laut.

"Jabatan Penerangan bersama agensi-agensi lain di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan berkonvoi selama dua hari bagi menyebarkan mesej untuk menyemarakkan dan menggelorakan sambutan bulan kebangsaan dan kibar Jalur Gemilang.

“Konvoi ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang tetapi bagi mereka menzahirkan rasa kesyukuran dan patriotisme ke atas 62 tahun kemerdekaan yang dikecapi," katanya kepada pemberita di Pusat Banjir Lubuk Meriam di sini.

Konvoi itu dilepaskan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Zakiyuddin Abdul Rahman di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Kailan pagi ini sebelum berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Paya Keladi dan ke Pusat Banjir Lubuk Meriam.

Tambah Sabri, konvoi itu bakal mengunjungi 13 lokasi seperti sekolah, pejabat kerajaan negeri, pasar serta tempat-tempat tumpuan awam. Pihaknya menyasarkan program itu disertai oleh 4,000 orang awam dan pelajar sekolah sepanjang konvoi berjalan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel