Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Johor alu-alukan siasatan SPRM isu kelulusan kilang di Pasir Gudang


Tarikh kemaskini: 08/08/2019





PONTIAN, 8 Ogos (Bernama) --  Kerajaan negeri Johor bersikap terbuka dan mengalu-alukan sekiranya Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhasrat membuka kertas siasatan berhubung proses kelulusan kilang yang beroperasi di Pasir Gudang. 

Menteri Besar Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata pihaknya tidak ada masalah untuk memberi kerjasama kepada SPRM dalam menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan. 

“Saya bagi pihak kerajaan negeri mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  untuk mengadakan siasatan. Tidak ada masalah,” katanya kepada media selepas melancarkan Program Food Bank Yayasan Harapan Pontian 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ali Haji Ahmad di sini, hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin hari ini yang mencadangkan SPRM atau mana-mana agensi terlibat membuka kertas siasatan berhubung perkara itu selain bersedia untuk disiasat berkaitan isu berkenaan. 

Sebelum ini, laman Facebook Kelab Muafakat Johor menuding jari kepada Mohamed Khaled susulan pencemaran yang berlaku di Pasir Gudang.

Sementara itu, ditanya mengenai desakan pihak pembangkang untuk mendedahkan nama-nama kilang yang terlibat dengan pencemaran itu, Sahruddin berkata pihaknya hanya boleh mendedahkannya setelah dapat mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel