Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat jurutera kapal tunda hilang ditemukan


Tarikh kemaskini: 08/08/2019





JOHOR BAHRU, 8 Ogos (Bernama) -- Seorang jurutera kapal tunda yang dilaporkan hilang ketika dalam pelayaran dari Kuala Linggi, Melaka menuju ke Singapura, dua hari lepas, ditemukan mati lemas di perairan Pulau Kukup, Pontian, semalam.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata mayat Sugianto, 47, ditemukan dalam keadaan terapung di kedudukan kira-kira tujuh batu nautika Barat Laut, Pulau Kukup pada 3.30 petang.

Katanya, pengecaman awal mangsa dibuat berdasarkan baju yang dipakai mangsa ketika ditemukan.

“Warna baju mangsa adalah sama seperti maklumat yang diperoleh daripada pihak syarikat.

“Bagaimanapun pengesahan lanjut akan diuruskan (dibuat) pihak syarikat di hospital,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aminuddin berkata mayat mangsa sudah pun dibawa ke jeti APMM Sungai Pulai, Iskandar Puteri untuk tindakan seterusnya.

Operasi mencari dan menyelamat Sugianto sebelum ini dilaksanakan di kawasan seluas 30 batu nautika persegi melibatkan kekuatan tiga aset bot dari APMM dan pihak polis.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel