Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan 516 individu jadi keldai akaun untuk sindiket penipuan


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Polis menahan 516 individu disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan dalam operasi selama dua minggu di seluruh negara bermula 17 Julai lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata kebanyakan individu yang terlibat menjual akaun mereka ialah penganggur atau suri rumah.

”Mereka ini menjual akaun bank dengan harga serendah RM300 kepada sindiket penipuan. Polis nasihatkan orang ramai untuk tidak terlibat dengan kegiatan tidak bertanggungjawab ini.

“Akaun bank atau kad ATM bukan untuk dijual atau dibeli walau apa jua alasannya,” kata beliau kepada pemberita selepas Seminar Trend Terkini Jenayah Komersial di sini, hari ini.

Keldai akaun adalah individu yang membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh sindiket penipuan untuk tujuan tertentu.

Sementara itu, Mohd Zakaria berkata pihak bank perlu memperketatkan syarat membuka akaun baharu kepada mana-mana individu.

“Kita (polis) kenal pasti individu dengan mudah membuka akaun dan menjualnya kepada orang tidak dikenali dan polis tidak mahu orang salah guna akaun dengan menjualnya kepada sindiket tertentu kerana ia akan menyukarkan proses siasatan,” katanya. 

JSJK turut mewujudkan sebuah portal di laman web rasmi JSJK, http://ccid.rmp.gov.my./semakmule bagi membantu orang ramai membuat semakan ke atas akaun-akaun bank atau nombor telefon yang mempunyai rekod laporan polis sebelum membuat sebarang transaksi, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel