Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Akta kawalan tembakau dikemuka kepada AGC hujung bulan ini


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Akta Kawalan Tembakau yang sedang dirangka Kementerian Kesihatan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada hujung bulan ini, sebelum ia dibentangkan kepada Kabinet awal tahun depan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata akta baharu itu yang lebih holistik dan komprehensif turut merangkumi produk seperti rokok elektronik, vape dan shisha.

“Kami memandang serius perkara ini… namun isu kawalan dan banteras e-cigarettes bukan segalanya oleh Kementerian Kesihatan, ia bidang kuasa Jabatan Kastam,” katanya selepas merasmikan Kongres Persatuan Urologi  Asia ke-17 di sini, hari ini.

Dr Dzulkefly mengulas mengenai kenyataan sebuah firma tembakau yang menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas untuk membanteras perdagangan rokok dan vape haram yang menyebabkan kerajaan kerugian kutipan hasil cukai sebanyak RM6 bilion setahun.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel