Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seni khat: 12 NGO tunjuk sikap toleransi dan persefahaman tinggi


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





JOHOR BAHRU, 7 Ogos (Bernama) -- Persetujuan 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap langkah Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan seni tulisan khat di sekolah menunjukkan sikap toleransi dan persefahaman yang tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata penerimaan kesemua NGO itu juga menunjukkan mereka menyedari bahawa seni tulisan khat merupakan salah satu nilai tambah kepada pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan.

"Ini menunjukkan bahawa mereka (NGO) melihat tulisan seni khat dari sudut kemanusiaan. Malahan ia juga adalah pilihan dan bukan paksaan dalam peperiksaan.

"Setiap budaya dan adat resam berbeza boleh diterima oleh setiap masyarakat dan ini menandakan masyarakat kita semakin maju ke hadapan," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Kempas, di sini, hari ini.

Menurut jadual, seni khat akan dimasukkan ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid Tahun 4, mulai tahun hadapan.

Semalam, perbincangan antara 12 NGO bersama Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching mencapai konsensus bahawa hanya pengenalan seni tulisan khat yang akan diperkenalkan bagi pembelajaran murid Tahun 4 pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, Teo berkata persetujuan itu hanyalah pada tulisan seni khat  dan bukannya pembelajaran tulisan Jawi.

Teo berkata turut dipersetujui dalam perbincangan itu ialah murid yang mempelajari pengenalan seni tulisan khat itu tidak diuji dalam peperiksaan.

Sebelum ini, Teo mengumumkan pengenalan penggunaan tulisan jawi dalam buku teks (Bahasa Melayu) di semua sekolah dalam negara termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel