Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

911 pendatang asing Filipina dihantar pulang malam ini


Tarikh kemaskini: 07/08/2019




SANDAKAN, 7 Ogos (Bernama) -- Seramai 911 pendatang asing warga Filipina dihantar pulang malam ini melalui Pelabuhan Sandakan di sini ke Zamboanga, Filipina.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata mereka terdiri daripada 564 lelaki dewasa, 236 wanita, 63 kanak-kanak lelaki dan 48 kanak-kanak perempuan.

“Jumlah keseluruhan pendatang asing yang telah dihantar pulang tahun ini seramai 7,844 orang.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan penghantaran pulang pendatang asing sejak 1990 seramai 585,868 orang,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini. 

Sh Sitti Saleha berkata operasi penghantaran pulang pendatang asing ke negara asal mereka akan diteruskan sepanjang masa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel