Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 4,000 cermin mata tiruan jenama terkenal disita


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur merampas 4,320 unit cermin mata dan bekas menyimpan cermin mata jenama Ray-Ban yang dipercayai tiruan bernilai RM90,783, dalam serbuan di tiga premis di Wangsa Maju dan Lorong Haji Taib di sini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kuala Lumpur Azeem Nazuri berkata operasi yang bermula kira-kira jam 2.30 petang semalam itu disertai sembilan pegawai penguat kuasa KPDNHEP Kuala Lumpur bersama beberapa wakil cap dagang.

"Pasukan serbuan menahan tiga individu berumur lingkungan 20-an hingga 50-an yang terdiri daripada dua lelaki serta seorang wanita untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Azeem berkata statistik bagi 2019 setakat 7 Ogos ini menunjukkan terdapat 82 kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dengan jumlah sitaan sebanyak 60,482 unit bernilai RM2,214,111.

"Sehingga kini, sebanyak 20 tangkapan dibuat membabitkan empat warga tempatan dan 16 warga asing," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel