Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Senarai sukan bakal dipertandingkan pada SUKMA 2020 dimuktamad bulan depan - MSN


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





KULAI, 7 Ogos (Bernama) -- Senarai acara sukan yang bakal dipertandingan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Johor dari 11 hingga 19 Julai 2020 dimuktamadkan, bulan depan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata kesemua sukan yang akan diputuskan Jawatankuasa Tertinggi SUKMA termasuk angkat berat yang masih berstatus ‘KIV’ iaitu untuk perhatian lanjut.

"Sukan angkat berat seperti yang diputusan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) masih lagi KIV, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM).

"MSN dan urusetia SUKMA sendiri telah diberi amanah untuk berbincang dengan PABM, beberapa langkah positif sudah diambil. Insya Allah kita akan bentangkan semula kepada jawatankuasa pada September untuk diputuskan sama ada angkat berat akan dimasukkan atau tidak dalam SUKMA 2020," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Logo dan Maskot SUKMA XX Johor 2020 yang dilakukan Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal di sebuah hotel di Senai, dekat sini hari ini.

Ahmad Shapawi berkata beberapa cadangan lain juga akan dikemukakan kepada pihak urusetia dan dibawa kepada jawatankuasa terbabit untuk diputuskan.

Bulan lepas, Syed Saddiq dilaporkan berkata kedudukan sukan angkat berat pada SUKMA 2020 masih samar dan diletakkan di bawah status 'KIV’ (untuk perhatian lanjut) oleh Jawatankuasa Tertinggi SUKMA 2020.

Syed Saddiq berkata jawatankuasa itu hendak memastikan sukan angkat berat bebas daripada isu doping kerana setiap tahun ada sahaja atlet angkat berat terpalit dengan isu tersebut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel