Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jenazah Amirul Ashraff di bawa pulang minggu depan


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Jenazah Amirul Ashraff Md Azhar, pelajar Malaysia yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari pangsapuri yang didiaminya di Sydney, Australia, semalam dijangka dibawa pulang minggu depan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata pegawai Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia sedang berusaha memastikan jenazah penuntut tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di Universti Technology Of Sydney itu dapat dibawa pulang segera.

Beliau berkata urusan tersebut dijangka dapat dimuktamadkan selepas proses bedah siasat dan siasatan ke atas pelajar tajaan Mara yang sedang dilakukan pihak berkuasa negara itu diselesaikan.

"Pegawai kita di sana sedang berusaha menyelesaikan beberapa perkara termasuk urusan dokumentasi yang memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan.

"Tetapi menurut pegawai terbabit, jenazah dijangka dapat di bawa pulang ke Malaysia minggu depan," katanya kepada pemberita selepas meraikan 70 pelajar cemerlang di bawah program Budi Mara dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Mara Datuk Azhar Abdul Manaf.

Dalam kejadian itu, Amirul Ashraff, 22, dari Taiping, Perak dikatakan tergelincir dari aras 23 pangsapuri didiaminya yang terletak kira-kira lima kilometer dari universiti berkenaan.

Rina berkata waris Amirul Ashraff juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyerahkan kepada Mara untuk menguruskan kepulangan jenazah anak sulung daripada tiga beradik itu.

Dalam pada itu, Rina berkata beliau difahamkan rayuan Amirul Ashraff untuk mengambil semula peperiksaan lima mata pelajaran yang gagal telah diluluskan Mara.

Memang beliau ada hantar rayuan, Mara proses dan kita telah luluskan untuk dia menyambung semula pelajaran, katanya.

Mengenai Program Budi Mara, Rina berkata kementerian memperuntukkan sebanyak RM1.65 juta tahun ini bagi membantu seramai 1,500 pelajar MRSM dalam kalangan keluarga berpendapatan B40.

Katanya 70 pelajar cemerlang yang diraikan hari ini adalah bukti kejayaan program Budi Mara selepas memperoleh Purata Nilai Gred 3.70 dan ke atas dalam peperiksaan semester akhir yang lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel