Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki mengaku tidak bersalah tipu 751 keping tiket palsu Konsert Westlife


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





PETALING JAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki yang bekerja sendiri didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas 45 pertuduhan menipu 751 keping tiket Konsert Westlife palsu membabitkan kerugian  RM 151,956.

S.Kelvin Raj, 23, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-45, lelaki itu dituduh  menipu seorang jurujual, Sim Ting Ting, 29, untuk mempercayai bahawa kesemua tiket konsert Westlife yang dijualnya adalah benar sehingga mendorong mangsa membuat kemasukan wang berjumlah  RM151,956 ke dalam akaun Hong Leong Bank milik tertuduh secara berperingkat bermula 23 Mac sehingga 25 Mei, tahun ini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan sebuah unit kondominium di Taman Serdang Raya, Seri Kembangan, di sini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Abdul Salim menawarkan jaminan RM50,000 bagi kesemua pertuduhan bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam R. Krishna Murthy memohon jaminan rendah atas alasan kedua-dua ibu bapa anak guamnya tidak bekerja.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah hingga kes selesai selain melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 23 Sept untuk sebutan semula kes.    

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel