Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sediakan rumah PPRT kepada mangsa kebakaran Kampung Dusun Muda - Titah Sultan Kelantan


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





KOTA BHARU, 7 Ogos (Bernama) -- Sultan Kelantan,Sultan Muhammad V hari ini menitahkan kerajaan negeri supaya  menyediakan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada mangsa kebakaran di Kampung Dusun Muda di sini Isnin lepas.

Sultan Muhammad V bertitah demikian semasa mencemar duli menziarahi dan mengurniakan  sumbangan  kepada mangsa di tapak kebakaran itu serta menitahkan agar mangsa terbabit ditempatkan di PPRT Wakaf Mek Zainab.

Turut sama dalam kunjungan itu ialah  Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan Zulkifli Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat Kelantan, Nazili Mahmood.

Dalam kebakaran pada  9 malam itu , 30 orang tinggal sehelai sepinggang apabila enam buah rumah dan sebuah rumah tumpangan hangus terbakar.

Kebakaran dikatakan bermula dari di sebuah rumah tumpangan sebelum merebak ke enam buah rumah lain.  Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu beberapa mangsa yang ditemui menyatakan rasa terharu atas keperihatinan baginda terhadap nasib yang menimpa rakyat menjelang musim perayaan Aidil Adha yang akan disambut Ahad ini.

Mangsa, Abu Bakar , 63, berkata kesudian baginda mencemar duli melawat tapak kebakaran dan beramah mesra dengan semua mangsa sudah cukup untuk menyuntik semangat  kepada mereka untuk menghadapi musibah kehilangan rumah dan harta benda dan reda atas apa yang berlaku.

"Walaupun tempoh 10 minit, keramahan dan kemesraan tuanku cukup memberi makna kepada kami yang sedang kesedihan.

“Saya amat berbesar hati dengan kunjungan Tuanku dan menyampai sumbangan di tapak rumah kami," kata pesara guru itu.

Sementara Takiyuddin berkata perkara akan dirujuk ke Jawatankuasa Kerajaan  Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan negeri untuk tindakan lanjut.

“Kita akan berusaha untuk mempermudahkan urusan tawaran rumah itu supaya ia dapat meringankan beban mangsa yang terpaksa menumpang di rumah saudara mara terutama menjelang Aidil Adha,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel