Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

DPMM Perak jalin kerjasama dengan kimon.my pasar produk keluaran Bumiputera


Tarikh kemaskini: 07/08/2019




IPOH, 7 Ogos (Bernama) -- Dewan Perhimpunan Melayu Malaysia (DPMM) Perak menjalinkan kerjasama dengan syarikat penyedia platform e-dagang, kimon.my untuk memasarkan secara dalam talian pelbagai produk keluaran usahawan Bumiputera.

Presidennya,  Datuk Zahar Hashim berkata menerusi platform e-dagang itu, mereka hanya perlu membayar caj pelanggan sebanyak RM199 bagi tempoh setahun.

"Menerusi kimon.my ini yang dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan, usahawan mampu memasarkan pelbagai produk mereka bukan sahaja di dalam negara tetapi sehingga ke pasaran antarabangsa.

"Ada antara usahawan Bumiputera yang menghasilkan pelbagai produk tetapi tidak tahu bagaimana mahu memasarkannya, jadi menerusi kimon.my ini, kita mahu tarik lebih ramai orang Melayu menjual produk mengikut peredaran zaman teknologi yang serba canggih ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program keusahawanan e-dagang yang disertai 150 peserta di sini, hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel