Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kawasan Johan Setia catat IPU tidak sihat


Tarikh kemaskini: 07/08/2019




KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) --  Kawasan Johan Setia, di daerah Klang, Selangor hari ini berada pada skala bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan catatan 105 sehingga pukul 6 petang tadi, menurut data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS). 

Menurut data tersebut, Johan Setia menunjukkan bacaan tidak sihat sejak pukul 5 pagi hari ini dengan bacaan IPU 104 dan mencapai kemuncak dengan bacaan IPU 107 pada pukul 9 pagi tadi. 

APIMS turut melaporkan 67 kawasan berada pada tahap sederhana hari ini antaranya Kota Bahru  (Kelantan), Sungai Petani (Kedah), Banting (Selangor), Nilai (Negeri Sembilan) dan Jerantut (Pahang).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk bacaan IPU semasa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel