Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga nelayan Indonesia hanyut diserahkan kepada kedutaan


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





ALOR SETAR, 7 Ogos (Bernama) -- Tiga nelayan warga Indonesia yang ditemui di Pantai Kuala Kangkong dekat Kuala Kedah, selepas bot yang dinaiki mereka dihanyutkan ke perairan negara ini pada Sabtu lepas, diserahkan kepada pihak kedutaan negara itu, hari ini.

Nelayan terbabit, yang berusia antara 31 hingga 37 tahun, diserahkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kepada wakil kedutaan Indonesia, Indra Primasetya di Pejabat Maritim Zon Maritim Kuala Kedah, di sini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Mahmad Faizal Ahmad berkata, nelayan terbabit diselamatkan nelayan tempatan yang menemui bot mereka berhampiran Pantai Kuala Kangkong, di sini pada 7.45 petang.

“Siasatan mendapati nelayan terbabit ke laut perairan Acheh pada 29 Julai lepas untuk menangkap ikan. Namun ketika memukat, enjin bot mereka rosak dan usaha mendapatkan bantuan gagal selepas telefon bimbit mereka juga rosak. Bot nelayan terbabit telah hanyut dibawa arus selama beberapa hari hingga memasuki perairan negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mahmad Faizal berkata, sepanjang berada dalam pemantauan APMM, nelayan terbabit diberikan rawatan sewajarnya dan dijaga dengan baik.

Beliau turut menyeru kerjasama daripada komuniti nelayan di kawasan itu untuk membantu menyampaikan sebarang aktiviti jenayah dan kecemasan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel