Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dr Sahruddin nafi laporan Facebook beliau akan lepaskan jawatan MB Johor


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





KULAI, 7 Ogos Bernama) -- Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal hari ini menolak dakwaan dalam Facebook kononnya beliau akan melepaskan jawatannya disebabkan kegagalan menangani isu pencemaran di Pasir Gudang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu turut menyifatkan hantaran (posting) yang dimuatnaik dalam media sosial  mengenai dakwaan  tersebut sebagai khabar angin.

"Pertama itu adalah khabar angin dan kedua, siapa yang menyebarkannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Logo dan Maskot Sukan Malaysia (Sukma) XX Johor 2020 di sebuah hotel di Senai, dekat sini hari ini.

Semalam, satu akaun Facebook iaitu Ops Johor memuat naik satu hantaran bertajuk ‘MB Johor akan lepaskan jawatan?’ dengan mendakwa dipercayai disebabkan kegagalan Dr Sahruddin dalam menguruskan masalah pencemaran selain mendakwa menerima tekanan daripada pelbagai pihak yang kecewa dan sedih dengan pentadbiran Johor hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel