Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bot karam di Pitas: operasi mencari seorang lagi mangsa disambung esok


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





KOTA KINABALU, 7 Ogos (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa bot karam di perairan Tanjung Berungus, Pitas, Lili Sumansi Suhaimi, 20,  dihentikan kira-kira pukul 1 petang tadi ekoran keadaan cuaca yang tidak baik.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Mohd Izaan Abdullah berkata keadaan angin kencang dan ombak yang tinggi memaksa pasukan SAR menghentikan operasi itu dan akan disambung semula esok.

Semalam, empat daripada lima mangsa bot karam berkenaan ditemui penduduk kampung, termasuk dua mangsa lelaki disahkan meninggal dunia.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mustaib Muimin dan Suhaimi Salleh, manakala dua yang selamat ialah Mardi Suhaimi dan Owya Timbangan. Kesemua mangsa berasal dari Kampung Malubang, Pitas.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari semalam, kesemua mangsa menaiki bot ke Kudat untuk membeli barangan keperluan dan pukul 11 pagi mereka bergerak pulang ke Pitas.

Ketika dalam perjalanan, berlaku angin kencang menyebabkan bot berkenaan terbalik, sebelum karam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel