Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MB Perak pandang serius isu jual lembu korban


Tarikh kemaskini: 07/08/2019




IPOH, 7 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memandang serius dakwaan penjualan dua ekor lembu korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha melibatkan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Bagan Datuk, tahun lepas. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid berkata Ahmad Faizal kesal kerana dua daripada tiga ekor lembu sumbangan peribadi beliau yang sepatutnya diagihkan kepada golongan asnaf dan rakyat di sekitar Bagan Datuk didakwa telah dijual untuk tujuan lain. 

"Susulan satu laporan (kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang telah difailkan semalam, menteri besar menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Bersatu Bagan Datuk, Bahaman Tokiran dilaporkan mendakwa  dua daripada tiga ekor lembu sumbangan menteri besar telah dijual bagi membeli komputer riba dan mesin pencetak.

Beliau mendakwa hanya seekor sahaja lembu korban diagihkan untuk masyarakat setempat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun lepas.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel