Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pembangkang Kedah saran perjanjian syarikat rawatan air tidak disambung


Tarikh kemaskini: 07/08/2019




ALOR SETAR, 7 Ogos (Bernama) -- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang Kedah menyarankan kerajaan negeri supaya tidak menyambung semula perjanjian konsesi dengan dua syarikat swasta bagi menguruskan lima loji rawatan air utama di negeri ini yang akan tamat pada tahun depan.

Ketua Pembangkang DUN Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata sebaliknya peranan menguruskan loji rawatan air itu perlu diserahkan kepada syarikat kerajaan negeri, Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang menurutnya akan menjimatkan perbelanjaan SADA sebanyak RM80 juta setahun.

“Saya ingin kepastian dan kita mendesak kerajaan negeri membuat pendirian tegas supaya tidak menyambung konsesi rawatan air ini dan serahkan kepada SADA untuk melaksanakannya.

“Kos kedua-dua konsesi ini setiap tahun RM140 juta, sedangkan kalau SADA buat sendiri proses rawatan ini kos jauh lebih murah dan lebihan ini boleh dibuat untuk penambahbaikan kepada infrastruktur atau membayar balik pinjaman Perbadanan Aset Air Bhd,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata beliau bersama Adun pembangkang lain membuat saranan ?itu ??????memandangkan ada ura-ura bahawa kerajaan negeri hendak menyambung semula perjanjian dengan syarikat tersebut iaitu Syarikat Air Utara Indah Sdn Bhd (AUI) dan Taliworks Langkawi Sdn Bhd (Taliworks Langkawi).

Menurutnya, sekiranya perjanjian berkenaan disambung, bayaran oleh SADA untuk perkhidmatan dua syarikat itu juga dijangka akan terus meningkat.

Malah, katanya Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sendiri sewaktu berada di bawah Barisan Nasional sebelum ini pernah menegaskan tidak akan ada kontrak baharu dengan dua syarikat terbabit selepas perjanjian sedia ada tamat tahun depan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel