Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UMK sasar 1,000 pelajar asing dalam tempoh lima tahun


Tarikh kemaskini: 07/08/2019




BACHOK. 7 Ogos (Bernama) -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyasarkan lebih 1,000 pelajar asing menuntut di universiti itu  dalam pelbagai bidang terutama keusahawanan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Naib Canselornya  Prof  Dr Azizi Ismail berkata, pada tahun depan pihaknya menyasarkan menarik 500 pelajar dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Thailand, Afrika, Arab dan China.

“Ini memandangkan jumlah pelajar  antarabangsa yang belajar di UMK pada masa ini masih rendah iaitu lebih 60 orang sahaja,” katanya kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan  tiga universiti dari Indonesia  di UMK di sini, hari ini.

Universiti berkenaan  ialah Universitas Mercu Buana  Yogyakarta, yang diwakili  Rektornya Dr Alimatus  Sahrah, Universitas Muhammadiyah Riau diwakili Rektor Dr H. Mubarak dan Universitas Islam Malang  diwakili Rektor Prof Dr H.Maskuri Bakri.

Prof Dr Noor Azizi berkata,  antara jurusan yang akan ditawarkan termasuk  bidang Sains Bioteknologi,  Kewangan Islam dan bidang Keusahawanan yang menjadi teras UMK.

Katanya, kehadiran ramai pelajar asing itu  sangat diperlukan untuk memberi peluang kepada pelajar tempatan bergaul dan mengenali budaya masing-masing selain mewujudkan semangat  persaingan bagi meningkatkan pencapaian akademik  yang lebih cemerlang.

Mengenai MOU berkenaan beliau berkata ia bagi membolehkan UMK menjalinkan kerjasama dan hubungan  yang lebih erat dengan universiti berkenaan.

Beliau berkata ini termasuk menerusi program pertukaran pelajar dan  penyelidikan serta menarik minat pensyarah dari universiti berkenaan melanjutkan  pengajian di  peringkat Doktor Falasafah (PHD)  di UMK.

Dr Azizi berkata, sebelum ini  pihaknya telah mengadakan  MoU yang serupa dengan lapan buah universiti  yang terkemuka  di Indonesia.

 

-- BERNAMA  

 

 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel