Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Realme Malaysia lebarkan pasaran menerusi siri jelajah merdeka


Tarikh kemaskini: 07/08/2019




KOTA BHARU, 7 Ogos (Bernama) -- Realme Malaysia memperkenalkan tiga model telefon pintar terbaharunya di Kelantan menerusi siri jelajah merdeka selama enam hari bermula hari ini.

Pengurus Jenamanya Tiffany Teh berkata dengan slogan ‘Dare to Leap,’ syarikat teknologi global itu akan cuba menembusi pasaran di seluruh negara.

Antara produk terbaharu itu ialah Realme 3 Pro yang direka dengan prestasi hebat menjimatkan hayat bateri, paparan lebih jelas serta reka bentuk menarik.

"Keadaan ekonomi yang tidak menentu bukan halangan untuk Realme tampil bersaing dengan produk lain dan kita fokuskan sasaran pasaran produk kepada golongan muda sesuai dengan semangat dan keberanian mereka untuk mencuba sesuatu yang baharu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Siri Jelajah Merdeka Realme di sini, hari ini.

Tiffany berkata, siri jelajah merdeka yang dimulakan di Kelantan akan ke seluruh negara sepanjang Ogos ini bagi mempromosikan produk terbaharu Realme.

Katanya walaupun masih baharu di pasaran, pihaknya percaya produk Realme menepati kehendak pelanggan khususnya golongan muda dan diyakini akan mendapat sambutan baik.

Realme ialah anak syarikat Oppo yang memasuki pasaran Malaysia pada November tahun lepas sebelum ini menjalankan jualan memberangsangkan secara dalam talian di Lazada.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel