Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAQIS Kelantan rampas 16 ekor lembu seludup di Tumpat


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





TUMPAT, 7 Ogos (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 16 ekor lembu bernilai RM44,800 yang diseludup masuk ke negara ini melalui pangkalan haram di sempadan Kelantan-Thailand, minggu lepas.

Pengarahnya, Mohd Azam Yahya berkata rampasan itu dilakukan hasil operasi bersama pihaknya dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

Beliau berkata operasi dijalankan berikutan pihaknya percaya menjelang sambutan Aidiladha tidak lama lagi, lembu akan banyak diseludup ke sini.

"Selain polis kita juga mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi penguat kuasa lain bagi mengekang kegiatan penyeludupan di sempadan.

"Bagi kesalahan ini tindakan undang-undang di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) boleh dikenakan kepada pihak yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, lembu yang dirampas selepas diperiksa didapati tidak mempunyai dokumen yang sah seperti permit import (IP) daripada MAQIS.

Katanya perbuatan mengimport lembu tanpa mempunyai permit import yang sah daripada MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama. 

"Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

"MAQIS juga sentiasa memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikro organisma yang masuk ke Malaysia adalah bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta tidak menjejaskan sektor pertanian, penternakan dan makanan negara," katanya.

Di samping itu, katanya pihak terlibat perlu mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel