Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi


Tarikh kemaskini: 07/08/2019




KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, berikutan jangkaan pengurangan pengeluaran, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit, David Ng berkata sebahagian pedagang membuat spekulasi bahawa dalam beberapa minggu akan datang, pengeluaran dijangka merosot berdasarkan anggaran industri awal.

“Ringgit yang lemah berbanding dolar US turut dilihat sebagai sokongan berterusan kepada pasaran MSM tempatan dalam masa terdekat.

“Kami mengenal pasti paras sokongan pada RM2,070 satu tan manakala paras halangan pada RM2,150 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Ringgit merosot sebanyak 0.29 peratus kepada paras terendah dalam tempoh lebih dua bulan berbanding dolar US, berikutan pelabur bimbang mengenai ketegangan perdagangan AS-China yang meningkat dan pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.1890/1920 berbanding dolar US daripada 4.1770/1800 semasa ditutup pada Isnin.

Pada penutup, Ogos 2019 dan September 2019, masing-masing meningkat RM10 kepada RM2,037 dan RM2,073 satu tan, Oktober 2019 menokok RM9 kepada RM2,102 satu tan dan November 2019 naik RM7 kepada RM2,130 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 40,927 lot daripada 27,355 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 243,020 kontrak daripada 231,133 kontrak.

Di pasaran fizikal, Ogos Selatan susut RM10 kepada RM2,030 satu tan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

OKU mengaku tidak salah lakukan amang seksual terhadap anak kandung

 
     

Anggota JPJ Terengganu menyamar penumpang bas ekspres

 
     

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel