Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dialog kos sara hidup belia bakal dibawa ke peringkat zon 


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Dialog kos sara hidup belia anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang julung kali diadakan semalam bakal dibawa ke peringkat zon di seluruh negara, kata Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha.

Perkara itu telah dipersetujui menteri KPDNHEP Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, katanya.

Menurut beliau, penganjuran dialog itu di peringkat zon dapat dijadikan sebagai platform untuk belia akar umbi menyampaikan hasrat di samping membantu pihak KPDNHEP mendapatkan input mengenai kos sara hidup.

“MBM menyeru agar belia mengambil peluang ini untuk menyampaikan isi hati dan hasrat mereka kepada pihak kerajaan berdasarkan tujuh kluster utama (kesihatan, pendidikan, utiliti, perumahan, e-dagang, pengangkutan, makanan) yang mempengaruhi kos sara hidup belia dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, KPDNHEP dan MBM menganjurkan dialog bersama wakil gabungan belia seluruh negara bagi mendapatkan input dan idea dalam menangani isu kos sara hidup dalam kalangan golongan muda.

Program yang diadakan di Putrajaya itu melibatkan gabungan-gabungan yang bernaung di bawah MBM. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel