Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Yan Yee intai keputusan positif pada terjun Piala Asia


Tarikh kemaskini: 07/08/2019




KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Penerjun wanita negara, Wendy Ng Yan Yee optimis mampu meraih keputusan positif pada Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 dari 6 hingga 8 Sept ini di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, di sini.

Penerjun berusia 26 tahun itu yang sudah menempah tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 mendedahkan, beliau enggan meletakkan harapan tinggi lebih awal memandang penerjun daripada beberapa kuasa terjun dunia termasuk China turut mengesahkan penyertaan pada kejohanan berkenaan.

Pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 itu memaklumkan kejohanan berkenaan merupakan medan pemanas badan untuk dirinya sebelum menghadapi Sukan SEA 2019 di Filipina, November nanti.

"Saya tidak pasti acara apa yang saya sertai pada Sukan SEA nanti, namun saya difahamkan tiada acara platform akan dipertandingkan pada Sukan SEA nanti, namun saya akan buat yang terbaik," katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan Ketua kontinjen negara ke Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin ke atas skuad terjun negara di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan ketua kontinjen negara ke Sukan SEA 2019, Nurul Huda Abdullah.

Sukan SEA 2019 akan berlangsung dari 30 November sehingga 11 Disember, melibatkan 56 acara di tiga kluster iaitu Manila, Subic dan Clark.

Sementara itu, jurulatih terjun negara, Li Rui mengumumkan bahawa tiga penerjun elit - Pandelela Rinong, Leong Mun Yee dan Ooi Tze Liang akan menjalani latihan intensif selama sebulan di Sichuan, China bermula Khamis ini sebagai persiapan ke Piala Terjun Asia 2019.

Jurulatih berusia 41 tahun dari China itu yang membimbing skuad terjun negara, awal tahun ini, berkata latihan adalah penting untuk meningkatkan prestasi tiga penerjun yang akan mengambil bahagian dalam acara papan anjal pada kejohanan itu.

"Walaupun Pandelela dan Mun Yee layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, saya tetap mahu kedua-dua mereka ke China, kerana saya difahami bahawa dua pesaing kita, China dan Korea Utara juga akan mengambil bahagian dalam Piala Terjun Asia.

"Bagi Ooi, saya berharap dia dapat meningkatkan prestasinya sebelum Piala Terjun Asia 2019," kata Rui.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel