Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Niaga hadapan emas ditutup tinggi


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif meningkat semula untuk ditutup dua peratus lebih tinggi hari ini berikutan ringgit kekal lemah berbanding dolar US, kata seorang peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, David Lee Kuan Yong berkata pelabur mencari aset selamat yang berpotensi mendorong harga emas naik.

"Secara teknikal, logam berharga itu berpotensi diniagakan lebih tinggi selagi harga diniagakan melebihi US$1,450 satu auns paras halangan kepada paras sokongan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Bursa Komoditi AS (Comex) ?????kukuh selepas mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh enam tahun berikutan ketegangan antara Washington dan Beijing mendorong pelabur kepada aset selamat.

Pada penutup, Ogos 2019 meningkat 20 mata kepada RM199.40 segram, September 2019 naik 100 mata kepada RM199.40 segram, Oktober 2019 menambah 80 mata kepada RM200.40 segram manakala November 2019 tidak diniagakan pada RM200.85 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 23 lot bernilai RM462,570 daripada sifar semalam, manakala kepentingan terbuka naik kepada 132 kontrak daripada 109 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, harga emas fizikal naik RM1.36 kepada RM190.77 segram.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel