Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Quartararo, Morbidelli letak harapan tinggi bagi GP Austria


Tarikh kemaskini: 07/08/2019




KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pasangan Petronas Yamaha Sepang Racing Team, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli menaruh keyakinan yang tinggi apabila beraksi pada Grand Prix Austria (GP) hujung minggu ini.

Selepas menduduki tempat ketujuh pada GP Republik Czech hujung minggu lepas dan tempat teratas dalam ujian di Brno pada Isnin, pelumba Perancis, Quartararo bertekad untuk terus meningkatkan prestasi di Red Bull Ring, Spielberg.

Menyedari bahawa trek tidak semestinya serasi dengan jentera Yamaha YZR-M1, pelumba berusia 20 tahun itu masih menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu tahun ini.

"Kami tahu ia bukan litar yang mudah bagi kami, tetapi kami akan menggunakan Yamaha sebagai penanda aras. Kami tahu bahawa beberapa jentera lain mungkin mempunyai kuasa;pecutan yang lebih sedikit dan Spielberg mempunyai banyak trek yang lurus tetapi kami akan di litar hujung minggu dengan tenang dan tidak akan membuat kesilapan.

"Ia adalah litar yang sangat berbeza dan ini memang baik untuk cabaran baharu menggunakan jentera YZR-M1. Ia merupakan litar yang sentiasa positif bagi saya dalam Moto2 dan Moto3 dan saya tahu saya akan menikmati kepuasan beraksi di sana tetapi kita perlu “tunggu dan lihat” apa yang akan berlaku pada hari Ahad, " katanya dalam satu kenyataan.

Quartararo, yang menduduki tempat kedua di GP Catalan (Sepanyol) dan tempat ketiga di Litar Assen (Belanda), masih mengekalkan sebagai pendahulu dengan 76 mata, 37 mendahului pencabar terdekat, Mir Joan dari Team Suzuki Ecstar.

Sementara itu, pelumba Itali, Morbidelli yang terbabas pada pusingan pertama GP Republik Czech, berharap untuk melupakan kenangannya sebagai bekas pemenang di litar itu pada perlumbaan Moto2 2017 selepas menduduki tempat ketiga terpantas dalam sesi ujian pada Isnin.

"Ia bakal menjadi hujung minggu tetapi kami akan terus menaruh kepercayaan kepada diri sendiri. Kami beberapa kali dapat melakar keputusan yang pantas tahun ini dan hujung minggu ini akan menyaksikan bagaimana kami perlu membuktikannya sepanjang masa.

"Kami akan mengumpulkan banyak data dan bekerja keras. Litar ini banyak menyimpan kenangan manis dan saya sangat benar-benar mendapat kepuasan beraksi di litar ini, " katanya.

Tidak seperti rakan sepasukannya Quartararo, Morbidelli yang berusia 24 tahun, yang merupakan juara dunia Moto2 pada 2017, belum menduduki tangga podium musim ini dan pencapaian terbaiknya dalam 10 pusingan pertama musim ini ialah menduduki tangga kelima di Amerika Syarikat dan Belanda.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel