Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mohd Arfaizal dari Bank Muamalat juarai pertandingan pidato BNM


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Mohd Arfaizal Muhammad Arsat dari Bank Muamalat Bhd muncul juara pertandingan pidato antara institusi kewangan yang bersaing untuk merebut Trofi Gabenor 2019 anjuran  Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai tunai RM5,000, piala, medal tembaga buatan khas, sijil penyertaan serta buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, menurut BNM dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd Afifi Zahari yang mewakili Zurich Life Insurance Malaysia Bhd serta Panglima Jagumba J Padasian dari Citibank masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Pertandingan edisi ke-11 dengan topik Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Institusi Kewangan Masih Belum Meluas: Cabaran dan Kekangannya, menyaksikan penyertaan dari 22 institusi kewangan termasuk enam institusi asing.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel