Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Juara bertahan TFC II, UKM catat kemenangan


Tarikh kemaskini: 06/08/2019





KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Juara bertahan Piala Cabaran, Terengganu FC (TFC) II memulakan kempen dengan kemenangan 2-1 ke atas Kuala Lumpur pada aksi pertama kumpulan B di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Pemain kelahiran Brazil, Bruno Suzuki muncul wira pasukan itu, apabila menjaringkan kedua-dua gol, iaitu pada minit ke-45 hasil daripada sepakan percuma Dechi Marcel, sebelum pemain berdarah Jepun itu menggandakan jaringan pada minit ke-62.

Skuad ‘The City Boys’ cuba bangkit menerusi jaringan pemain import dari Brazil, Paulo Josue pada minit ke-90, namun sudah terlewat.

Sementara itu, finalis 2018, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC menewaskan Selangor United 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Pasukan Universiti itu membuka jaringan menerusi rembatan deras Milad Zanidpour Mansour pada minit ke-14, sebelum Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman menggandakan jaringan pada minit ke-40.

Selangor United mengurangkan defisit menerusi tandukan Nurshamil Abd Ghani pada minit ke-48 hasil hantaran Raslam Khan Abdul Rashid, namun ia tidak bertahan lama apabila UKM meraih jaringan ketiga menerusi Mateo Roskam hanya dalam masa seminit kemudian.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel