Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengenalan tulisan khat bermula sejak 2014 - kementerian pendidikan


Tarikh kemaskini: 06/08/2019




KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pengenalan tulisan khat dalam Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tahun 4 pada tahun hadapan adalah hasil pengkonsepsian Kurikulum Sekolah Rendah pada tahun 2014.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata ia juga telah melalui pemetaan kurikulum merangkumi pembinaan kurikulum Tahap 1 pada 2015 dan pembinaan kurikulum Tahap 2 pada 2016-2017.

"Ini bermakna, penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) melibatkan pengenalan tulisan khat ini telah mengambil masa sejak tahun 2014 lagi.

"Usaha ini juga telah melalui pelbagai sesi libat urus dengan pakar-pakar bahasa dan pendidikan serta kajian rintis di sekolah-sekolah terpilih," menurut kenyataan itu.

Kementerian Pendidikan juga menegaskan pengenalan tulisan khat tidak akan membebankan guru dan murid kerana ia tidak akan diuji dalam peperiksaan serta tiada pentaksiran.

Kementerian turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menunjukkan keprihatinan terhadap isu berkenaan sekali gus menunjukkan agenda pendidikan sentiasa mendapat perhatian semua.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel