Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tabung gas kimpalan meletup, seorang cedera


Tarikh kemaskini: 06/08/2019




MELAKA, 6 Ogos (Bernama) -- Seorang pekerja bengkel membaiki bas cedera selepas sebuah tabung gas yang digunakan untuk kerja-kerja kimpalan meletup di Jalan Pokok Mangga di sini, pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Khairudin Atan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10.45 pagi, namun pihaknya hanya menerima panggilan mengenainya pada kira-kira pukul 5.50 petang tadi.

"Enam anggota dan pegawai bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian untuk pengesahan dan siasatan.

"Pihak bomba dimaklumkan pekerja berumur 19 tahun itu terkena letupan tabung gas, namun beliau sempat membasuh muka sebelum dibawa oleh rakannya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya beliau difahamkan pekerja itu tidar sedarkan diri semasa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, namun sedar semula pada kira-kira pukul 7.00 petang tadi.

Sementara itu, majikannya Teng Boon Ong, 56, ketika dihubungi berkata beliau sempat bercakap dengan pekerjanya petang tadi yang memberitahu bahawa keadaannya baik, hanya mengalami luka kecil sahaja.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel